ManggaAd-JANA PENDAPATAN LUMAYAN DENGAN MELAYARI BLOG SAHAJA.....

Sunday, February 6, 2011

Info-info Keusahawanan/Prosper Siswazah-peluang-peluang berniaga

Assalammualaikum dan salam sejahtera, Selamat membaca blog saya untuk mengikuti segala perkembangan dan berita-berita terbaru dan mengenai produk-produk serta perkhidmatan-perkhidmatan terbaru yang kami sediakan...para pembaca digalakkan mendaftar sebagai followers di blog saya supaya dapat bersama mengikuti segala perkembangan terbaru..terima kasih
PROSPER SISWAZAH
"Penjana Pembangunan Usahawan Muda..."







LATAR BELAKANG
Peluang untuk siswazah muda dan pemegang sijil Bumiputera menceburi bidang perniagaan dan menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan terbuka luas. Menyedari keadaan ini, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) mengalu-alukan siswazah muda dan pemegang sijil Bumiputera untuk menjadi usahawan dan menyumbang ke arah pembentukan usahawan Bumiputera yang berintelek dan berkemahiran tinggi.
Sehubungan dengan itu, PUNB menyediakan pakej keusahawanan PROSPER Siswazah untuk mendorong, membimbing dan membangun para usahawan muda dan pemegang sijil Bumiputera menceburi bidang keusahawanan khususnya bidang peruncitan.

OBJEKTIF SKIM
  • Menyediakan kemahiran dan pengetahuan kepada siswazah muda dan pemegang sijil Bumiputera untuk menceburkan diri khususnya dalam perniagaan runcit dan pengedaran.
  • Membantu siswazah muda dan pemegang sijil Bumiputera memulakan perniagaan runcit dan pengedaran melalui mekanisma pembangunan yang teratur dan sistematik.
PAKEJ PEMBIAYAAN & PERKHIDMATAN
1) Kemudahan Pembiayaan Perniagaan
PROSPER Siswazah meyediakan dua jenis pakej pembiayaan yang berlandaskan prinsip Qard Al-Hasan. Pakej-pakej pembiayaan ini adalah :
  • Pakej A - menyediakan pembiayaan dari RM5,000 sehingga RM50,000 untuk perniagaan tunggal, perkongsian atau Sdn.Bhd. Usahawan perlu menyumbang modal minimum sebanyak RM500 untuk satu projek. Tempoh pembayaran balik pembiayaan ialah dari tiga(3) sehingga tujuh(7) tahun.
  • Pakej B - menyediakan pembiayaan dari RM50,001 sehingga maksimum RM100,000 untuk perniagaan perkongsian atau Sdn.Bhd. Setiap usahawan perlu menyumbang modal minimum sebanyak RM500 untuk satu projek. Tempoh pembayaran balik pembiayaan ialah dari lima (5) sehingga tujuh (7) tahun.
2) Perkhidmatan Perniagaan
Pakej pembiayaan A dan B ini juga merangkumi perkhidmatan perniagaan yang menyediakan khidmat pra-operasi perniagaan, pemantauan akaun, khidmat nasihat perniagaan dan latihan sepanjang tempoh pembiayaan dan bayaran yang berpatutan akan dikenakan kepada usahawan.

SYARAT KELAYAKAN
1) Calon Sasaran
  • Bumiputera
  • Berumur tidak lebih dari 33 tahun pada tarikh pendaftran
  • Sanggup mengikuti kesemua program yang ditentuka PUNB
  • Siswazah muda-memiliki sekurang-kurangnya diploma daripada institusi pengajian yang diiktiraf oleh kerajaan
  • Pemegang Sijil-memiliki sijil rendah bertauliah dalam bidang teknikal daripada institusi pengajian yang diiktiraf oleh kerajaan dan sekurang-kurangnya lulus tahap 2 dengan pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 1 tahun dalam bidang yang dipelajari.
2) Perniagaan
  • 100% milik usahawan Bumiputera dan diuruskan sendiri oleh usahawan
  • Perniagaan baru atau perkembangan
 BIDANG PERNIAGAAN

Siswazah
  • Telekomunikasi & Peralatan Komputer
  • Pendidikan
  • Pengedaran & Pasar Basah
  • Pakaian & Aksesori
  • Konfeksi & Gerai Makanan
  • Kosmetik & Servis Kecantikan
  • Alatan Logam & Bahan Binaan
  • Fotokopi & Percetakan
  • Buku & Alat tulis
  • Perhiasan Rumah
Pemegang Sijil
  • Fabrikasi Logam (kimpalan)
  • Automatif
  • Pendawaian Elektrik
  • Penyejukbekuan & Penyaman Udara
  • Pemasangan & Servis (CCTV, Telekomunikasi, Audio & Video)
  • Jurukerja Paip
PROSES PERMOHONAN
  1. Peserta mendaftar dan Sesi Kesesuaian Keusahawanan
  2. Peserta menghadiri Sesi Tapisan Awal & Khidmat Nasihat Perniagaan
  3. Peserta Siswazah / Sijil menghadiri Kursus Rancangan Perniagaan PROSPER Siswazah (2  hari)
  4. Peserta membentangkan Rancangan Perniagaan
  5. Kelulusan Pembiayaan
  6. Peserta Siswazah / Sijil menghadiri Kursus Asas Keusahawanan PROSPER Siswazah (4 hari)
CARA MEMOHON

Borang pendaftaran boleh didapati daripada Sekretariat PROSPER secara PERCUMA. Borang mesti di isi dengan lengkap dan hantar ke :

Sekretariat PROSPER
(Skim PROSPER Siswazah)
PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD
Tingkat 10, Blok 1B, Plaza Sentral,
50470 Kuala Lumpur
atau
Faks : 03-2780 2119/2100
Anda juga boleh mendaftar secara talian online terus (online) melalui laman portal:
http://www.punb.com.my/

Sebarang pertanyaan, sila hubungi :
INFOLINE : 03-27851477
Tel : 03-27851515
E-mel : prosper_siswazah@punb.com.my



No comments: