ManggaAd-JANA PENDAPATAN LUMAYAN DENGAN MELAYARI BLOG SAHAJA.....

Thursday, December 30, 2010

Bagaimana ianya bermula.....Nasahaku...

Pada mulanya saya tidak pernah bermimpi untuk menjadi seorang usahawan seperti sekarang ini...tetapi kerana tidak minat bekerja dibawah orang lain saya mula mencari sesuatu yang boleh saya buat untuk menghasilkan pendapatan walaupun hanya duduk di rumah sahaja.Satu hari datanglah seorang kakak dari bangsa kampuchea menjual bunga-bunga gubahn di rumah saya, dia menjual dari rumah ke rumah dengan menjijit menggunakan tangan dan bakul sahaja. Bunga-bunga yang di gubah agak kurang menarik dan kurang berkualiti kenalah dengan harganya yang agak murah, tapi tetap menarik hati kepada mereka yang minat gila dengan bunga macam saya ni...dari situlah terbitnya idea untuk menjalankan pula bisnes bunga ni...alhamdulillah kebetulan pula saya mmg dianugerahkan Allah kemahiran semulajadi tanpa perlu belajar atau mengambil apa2 kursus dan berbekalkan modal yang agak kecil lebihkurang dalam RM500 saya memberanikan diri untuk menggubah bunga2 dalam pasu-pasu plastik sebagai permulaan..bunga2nya juga yang harga murah dan sederhana jer....pada permulaannya saya hanya menjual pada kawan2 dan ahli keluarga je, kemudian saya dapat idea pula untuk meletak bunga2 gubahan tersebut di rumah kawan2 yg tak bekerja yang nak cari duit tambahan...alhamdulilah ramai jugak yang berminat untuk menjadi pengedar saya..untuk menarik lebih ramai pelanggan lagi saya jual pula cara consignment atau bayar bulan2..semakin ramai yang membeli, walaupun ada yang bayar sikit2 tapi saya tak kisah janji tiap2 bulan diorang bayar...bila dah ramai customer saya memberanikan diri pula menggubah bunga yang lebih mahal digubah pula dalam pasu kaca dan tembikar...bila perniagaan bunga saya semakin mendapat sambutan saya rasa lebih berani dan yakin untuk membesarkan lagi perniagaan bunga saya apatah lagi bila ada kawan menawarkan untuk berkongsi menyewa kedai...saya tidak melepaskan peluang tersebut dan dengan modal tak sampai pun RM2000 saya membuka kedai bunga yang pertama saya tapi saya cuma sewa suku jer dari ruang kedai tu, maklum la masih takut2 jugak lagi masa tu...saya bersyukur kerana bila duduk dikedai saya mendapat lebih ramai pelanggan yang berminat dengan gubahan2 saya...tak sampai 2 tahun saya berjaya menyewa kedai dengan nama sendiri dan menyewa seluruh kedai tersebut...maka bermulalah perniagaan bunga dan cenderamata saya yang diberi nama NASAHA FLORIST & GIFTS.....kepada mereka yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang2 perniagaan dan mempunyai pula kemahiran2 tertentu teruskan lah niat yang murni itu kerana Allah memberi kita kemahiran2 tersebut bukan untuk disimpan sahaja tetapi untuk digunakan ke jalan kebaikan dan kejalan rezeki yang telah ditentukannya....kita cuma perlu yakin, berani dan telus dalam perjuangan kita ini...insya'allah...dia akan sentiasa membantu kita...kerana 9/10 rezeki itu adalah datangnya dari bidang perniagaan....
Sampai disini dahulu untuk kali ini insya'allah kita akan berjumpa lagi dengan berbagai2 tips dari saya untuk mereka2 yang ingin atau baru untuk berjinak2 dalam bidang perniagaan ini....terima kasih...